Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Riuh Ooha! Bersama Mobile Legends di Kuching Meriah

By 29 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Safik Effendi Kassim (Sarawak)

KUCHING, 29 Jul (Malaysiaaktif) – Kembara Riuh Ooha! Bersama Mobile Legends yang julung kali diadakan di Kuching semalam telah menarik minat ramai pengunjung serta mendapat sambutan yang meriah sekali daripada penduduk sekitar bandar raya Kuching.

Menurut pengunjung Nizam, 25, ini merupakan pengalaman kali pertama baginya untuk datang memeriahkan Kembara Riuh Ooha! Bersama Mobile Legends.

“Saya datang untuk menemani adik saya yang menyertai pertandingan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang diadakan di sini.

Nizam hadir semasa pertandingan Mobile Legends: Bang Bang.

“Saya rasa amat bertuah kerana berpeluang untuk melihat pertandingan ini dengan lebih dekat,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengunjung Sankari, 21, datang untuk mengisi masa lapang pada hujung minggu.

“Tujuan utama saya datang ke sini ialah untuk melihat persembahan oleh Ella dan Noh Salleh.

“Di samping itu, saya ambil peluang untuk melawat ke sekitar reruai pameran dan gerai-gerai jualan,” ujarnya.

Tambahnya, penganjuran progam seperti ini patut diadakan selalu kerana dapat menarik minat ramai pengunjung.

Kembara Riuh Ooha! yang berlangsung dari 26 hingga 28 Julai di ruang Parkir A Stadium Negeri Sarawak merupakan platform kreatif bertujuan untuk mempromosikan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa selain penyediaan bengkel kreatif, pameran dan persembahan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda