
Laporan/foto: Yusoffirman/Perhilitan
TEMERLOH, 24 Jul (Malaysiaaktif) – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah Shah berkenan melepaskan lima ekor pelanduk dan seekor rusa yang akan dibiakkan di Pusat Konservasi Harimau Malaya (MTCC) sempena Sambutan Hari Harimau Sedunia, di sini kelmarin.

Kerajaan Malaysia turut komited dalam nemastikan harimau malaya tidak mengalami kepupusan.
Menurut Ketua Pusat MTCC Saat Yaakob, rusa samba yang dibawa ini dari Sungkai, Perak akan dibiakkan untuk dijadikan makanan kepada harimau di MTCC.
“Rusa tersebut dilepaskan di penempatan rewild yang akan mengajar anak-anak harimau berusia sekurang-kurangnya dua tahun untuk kembali liar sebelum dihantar ke habitat asal mereka,” katanya.
Majlis sambutan kali ini dilihat amat bermakna kerana sambutan kali ini adalah persiapan kepada masa hadapan Harimau Malaya yang diancam kepupusan.

Rusa didatangkan khas dari Sungkai, Perak.
Menyediakan makanan dan latihan rewild adalah antara usaha kerajaan untuk menambah baik serta memelihara harimau di Malaysia.
-ZS-