
Laporan/foto: Siti Zuraida MD Nor Aidi/Parlimen Jempol
JEMPOL, 29 Jul (Malaysiaaktif) – Semua pihak termasuk ahli masyarakat, generasi anak muda dan pelajar perlu mempunyai kesedaran dan pemahaman akan kepentingan maklumat dalam bidang teknologi dalam pasaran pekerjaan dan kehidupan seharian serta pelbagai peluang menerusi pendidikan di Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM).

Ahli Parlimen Jempol ketika menyampaikan ucapan.
“Saya mengharapkan agar hasil dari program ini diharapkan kolaborasi jangka panjang antara pihak universiti dan masyarakat di daerah Jempol dapat diteruskan selain memberikan pendedahan mengenai program pengajian yang ditawarkan di UPTM demi kelangsungan anak Jempol mendapat peluang pendidikan yang dapat mengubah masa depan ke arah yang lebih cemerlang,” kata Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. Datuk Haji Shamsulkahar Haji Mohd Deli.
Shamsulkahar yang juga Ahli Parlimen Jempol, berkata demikian ketika menyempurnakan majlis perasmian penutup program UPTM Edu Fair: ‘Empowering Nation Towards IR 5.0’ dan Program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Serting, di sini semalam.

Majlis Penyerahan Surat Tawaran kepada para pelajar lepasan SPM dan STPM yang layak untuk menyambung pengajian di UPTM.
Program anjuran Fakulti Pengkomputeran dan Multimedia (FCOM) dan Istitute Graduate Studies (IGS) UPTM itu turut disertai pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Serting dan SMK Batu Kikir.
Penyerahan surat tawaran kepada para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang layak untuk menyambung pengajian di UPTM, taklimat pemasaran daripada cawangan Poly-Tech MARA (KPTM) dan cabutan bertuah turut diadakan.
Turut hadir Pengetua MRSM Serting Mohd Ali Mohd Yusof, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Pejabat FELDA Wilayah Raja Alias Noremy Mohd Jais, Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Korporat Ibu Pejabat KPTM Md Hanafizah Ya’acob serta barisan Pengurusan Tertinggi dan Ahli Senat UPTM.
-ZS-