Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Setahun Sekali Bubur Asyura Kedah Dimasak dengan Penuh Ukhwah

By 22 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Azian Saad (Pendang)

PENDANG, 22 Jul (Malaysiaaktif) – Seawal pukul 8.00 pagi tadi, kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Pendang, Majlis Daerah Pendang serta ahli-ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Kecil Daerah Pendang telah mula berkumpul di Perkarangan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Pendang bagi membantu menyediakan bahan untuk memasak bubur asyura.

Penyediaan bahan-bahan untuk memasak bubur asyura.

Menjadi kesukaan pelbagai lapisan masyarakat di negeri Kedah, Bubur Asyura Kedah ini mempunyai rasa manis serta keenakan tersendiri yang menjadi wadah wajib disediakan setiap kali tiba bulan Muharam.

Ketua Penasihat Biro, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pendang A’in Shahira Abd Wahab  yang ditemui, berkata program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan dan silaturahim dalam kalangan kakitangan kerajaan dan agensi swasta sekitar daerah Pendang.

“Dua kawah disediakan hari ini bagi memasak bubur asyura dan dapat menghasilkan sebanyak 150 bungkus bubur asyura.

Bubur asyura yang siap dimasak, dibungkus untuk diedarkan kepada semua yang terlibat.

“Bubur asyura yang siap dibungkus diedarkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini,” jelasnya.

Menurut A’in Shahira lagi, program memasak bubur asyura ini telah dijadikan sebagai salah satu acara tahunan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Pendang.

Seramai kira-kira 40 orang mewakili Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Pendang, Majlis Daerah Pendang dan PUSPANITA dari pelbagai agensi bekerjasama menyediakan bahan-bahan seperti jagung, pisang, ubi merah, tepung beras, santan, gula merah dan gula putih.

-ZS-

Tinggalkan komen anda