Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

St. John Sedia Bantu Pertingkat Mutu Kesihatan Rakyat

By 1 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Hidayah Mohd Izam (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 1 Jul (Malaysiaaktif) – Lebih 200 orang telah hadir memeriahkan Karnival Kesihatan dan Komuniti Mesra Rakyat Daerah Batu Pahat Tahun 2024 anjuran Persatuan St. John Ambulans Malaysia Negeri Johor bertempat di Batu Pahat Mall, kelmarin.

Gimik perasmian disempurnakan oleh Ling Tian Soon dengan menampal plat defibrilator luaran automatik (AED) sebagai simbolik pelancaran program.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon, berkata pada pembentangan belanjawan yang lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima peruntukan besar sebanyak RM43.1 billion untuk sektor kesihatan negara.

“Ini menunjukkan kerajaan amat mementingkan isu perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat dan kita patut berbangga dengan pencapaian perkhidmatan kesihatan negara yang berada antara yang terbaik di dunia.

“Saya berharap St. John yang merupakan badan sukarelawan kesihatan dapat membantu menarik minat anak muda untuk bekerja dalam bidang kesihatan khususnya sebagai jururawat yang amat diperlukan di negeri ini,” katanya.

‘Flash mob’ (persembahanĀ kilatĀ berkumpulan) kecemasan turut diadakan bagi memberi penerangan peranan St. John dalam pertolongan cemas kepada orang ramai.

Pada program ini, turut diadakan taklimat mengenai teknik bantuan pernafasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) secara besar-besaran dan dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman.

Turut hadir Pemerintah Negeri St. John Ambulans Malaysia Negeri Johor Dr. Martin Param Ponniah, Pengurus Batu Pahat Mall Freddy Kwong Chee Ming dan Ketua Pegawai Eksekutif Putra Specialist Hospital Batu Pahat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda