Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Subsidi Diesel Bersasar dalam Jangka Masa Panjang akan Beri Manfaat kepada Rakyat

By 12 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 1 Jul (Malaysiaaktif) – Komitmen kerajaan untuk melaksanakan penyasaran subsidi bahan api diesel dapat mengukuhkan kedudukan kewangan negara dan pada jangka masa panjang akan memberi manfaat kepada rakyat.

Petugas LPPKN Negeri Perlis bersama sepanduk Hari Bapa.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Indera Kayangan Gan Ay Ling, bagi jangka masa pendek dasar penyasaran diesel dilihat tidak popular kepada rakyat dan tidak memberi impak yang besar tetapi bagi jangka masa panjang ia akan memberi banyak faedah untuk rakyat.

“Saya melihat, apabila penetapan harga dan pelaksanaan subsidi diesel bersasar, kerajaan menjangkakan pengurangan serta merta kerugian daripada aktiviti ketirisan yang boleh membawa penjimatan sebanyak RM4 billion setahun yang akhirnya akan kembali semula kepada rakyat.

Hari Bapa Negeri Perlis disertai pelbagai kaum.

“Dan juga saya mengharapkan semua pihak yang berkelayakan terutamanya bagi masyarakat di negeri Perlis dapat membuat permohonan bagi bantuan BUDI MADANI seperti pemilik kenderaaan diesel, petani kecil dan pekebun kecil komoditi yang layak di laman sesawang yang tepat,” ujarnya selepas program Sambutan Hari Bapa Peringkat Negeri Perlis 2024, di sini kelmarin.

Kementerian Kewangan telah melaksanakan penyasaran subsidi diesel yang membabitkan harga runcit diesel mengikut harga pasaran yang dilaksana serentak dengan bantuan bersasar untuk sektor logistik serta pengagihan tunai BUDI MADANI bermula 10 Jun 2024.

BUDI MADANI merupakan usaha kerajaan memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak, terbahagi kepada bantuan individu (BUDI Individu), petani serta pekebun kecil (BUDI Agri-Komoditi) dan syarikat serta kenderaan pengangkutan (MySubsidi Diesel).

-ZS-

Tinggalkan komen anda