
Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh
TANAH MERAH, 26 Jul (Malaysiaaktif) – Kunjungan delegasi Thailand seramai 78 orang ke Malaysia yang diketuai Ketua Pentadbiran Mukim Lohjood Daerah Waeng Narathiwat Zulkifri Jehmama di Program Sukan Sempadan Bilateral Malaysia-Thailand (Kelantan-Narathiwat) memberikan gambaran hubungan erat yang terjalin di antara kedua-dua negara.

Sesi bergambar bersama peserta Sukan Sempadan Bilateral Malaysia-Thailand.
“Malaysia dan Thailand telah menjalin hubungan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan dan Thailand merupakan antara negara pertama yang menjalin hubungan diplomatik dengan Malaysia.
“Kedatangan rombongan dari Thailand ini akan mengeratkan lagi jalinan muhibbah kedua-dua negara yang dibina setelah sekian lama,” kata Pengarah Majlis Keselamatan Negeri Kelantan Jefny Muhamad di program tersebut, di sini semalam.
Seorang peserta dari Waeng Narathiwat, Thailand Wahab Hussin, 69, berkata beliau seronok dan gembira apabila dapat berkunjung ke Malaysia dan menyertai Sukan Sempadan ini.

Peserta bola sepak Malaysia dan Thailand.
Program anjuran Majlis Keselamatan Negara dan agensi kerajaan di Tanah Merah dan Jeli ini berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bunga, di sini disertai 200 peserta daripada kedua-dua negara.
Turut hadir merasmikan program, Pegawai Jajahan Tanah Merah Ahmad Adlee Yasin.
-ZS-