
Laporan/foto: Mohamad Anizan Mat Daud (Kota Bharu)
Kota Bharu, 20 Jul (Malaysiaaktif) – Lebih 100 orang pengunjung di Pasar Awam Ketereh hadir menonton paparan layar Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 hari ini.
Menurut Pengerusi JPKKP Mukim Ketereh, Mazuki Hassan, 56, program berbentuk tayangan umum ini merupakan program yang julung kali diadakan di sini setelah sekian lama tidak diadakan.

Antara hadirin yang hadir melihat istiadat pertabalan secara langsung di Pasar Awam Ketereh
Melalui program seumpama ini dapat memberi pendedahan kepada masyarakat umum dan golongan belia tentang adat istiadat pertabalan raja-raja melayu yang penuh adat.
“Selaku masyarakat umum, kami berterima kasih kerana tayangan umum yang diadakan ini memberi peluang untuk melihat istiadat ini secara langsung dalam suasana santai,” kata Siti Mawarni Ibrahim 34, pengunjung yang hadir di Pasar Awam Ketereh.
-AA-