Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Teruja KMJG Julung Kali Tiba di Kampung

By 29 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Radiah Rahim/Sh. Nurrul (Pahang)

MARAN, 29 Jul (Malaysiaaktif) – Penduduk Kampung Sekara, Chenor berasa teruja kerana buat julung kalinya dapat melihat ketibaan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 Peringkat Negeri Pahang tiba di kampung mereka.

Kamalia Abdul Halim (kiri) bersama rakan niaganya

Salah seorang penduduk Kamalia Abdul Halim, 29, ketika ditemui berkata, inilah kali pertama beliau melihat konvoi KMJG singgah di kampungnya sepanjang menetap di sini.

“Saya amat teruja melihat konvoi ini dan diharapkan konvoi ini dapat diperluaskan lagi di peringkat komuniti,” katanyanya yang turut berpeluang menjual air sempena program JIWA Komuniti MADANI yang turut diadakan semasa sambutan KMJG di kampung ini.

Pelbagai aktiviti turut dianjurkan antaranya Jualan Rahmah Bergerak (JBR), pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna kanak-kanak, program membaca di perpustakaan desa dan mengacau bubur Asyura.

Seorang warga emas Zainon Idris, 71 dari Kampung Sebelah, Chenor berkata, dia hadir seawal jam 9.00 pagi bersama ibu saudaranya Hajah Kamariah Ahmad, 70, untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan membeli jualan rahmah.

Datuk Khairun Nissa sedang menandatangi buku Aspirasi KMJG 2024

“Walaupun program ini dilaksanakan di Kampung Sekara makcik sanggup datang untuk memeriahkan lagi program ini,”ujarnya.

Majlis Perasmian KMJG 2024 Peringkat Daerah Maran telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Maran Datuk Khairun Nissa Aris.

Hadir sama Pengerusi Majlis Kebudayaan Daerah Maran Datuk Kurnia Bistari Dato’ Haji Mohamad Ariffin Haji Awang Ismail.

-AA-

Tinggalkan komen anda