Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Tiada Lesen Memandu, Positif Dadah antara Kesalahan Pemandu Bas – JPJ

By 3 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 2 Jul (Malaysiaaktif) – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita dua buah bas persiaran apabila mengesan pemandunya tidak mempunyai lesen memandu dan lesen vokasional kenderaan perkhidmatan awam (PSV) ketika operasi bersepadu di Stesen Penguatkuasa JPJ Gombak hari ini.

Kifli bertanya sesuatu kepada pemandu bas persiaran yang tidak mempunyai lesen memandu dan PSV.

Pengarah Kanan Penguatkuasaan Undang-Undang JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan, berkata kesalahan tidak mempunyai lesen memandu yang kompeten dan PSV adalah satu kesalahan serius pihak JPJ.

“Sementara tiga orang pemandu bas persiaran didapati positif ganja dan methamphetamine ketika ujian saringan dilakukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK),” katanya ketika sidang media.

Kifli berkata, operasi melibatkan 70 anggota penguat kuasa daripada JPJ, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), serta (AADK) akan dilaksanakan sehingga 31 Julai.

Anggota penguat kuasa sedang memeriksa bas dan van persiaran dalam operasi bersepadu khas di Stesen Penguatkuasa JPJ Gombak hari ini.

“Sekiranya kami rasa perlu ditambah, ia akan dilanjutkan sehingga diputuskan pihak kementerian dan ini bukan operasi bermusim,” tegasnya.

Menurutnya, sebanyak 94 kenderaan telah diperiksa hari ini dengan 23 daripadanya telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan seperti tiada lessen PSV, ubah suai kenderaan, serta tiada pemandu kedua.

“Sebuah van dari negara Thailand turut diambil tindakan atas kesalahan tidak mempunyai permit edaran antarabangsa (ICP),” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda