
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat
KANGAR, 13 Jul (Malaysiaaktif) – Lembaga Pemasaran Pertanian Pemasaran (FAMA) Negeri Perlis sedang mengadakan Karnival Jualan Agro MADANI Mega Peringkat Negeri Perlis bermula semalam sehingga esok.

Percuma bakul bagi pembelian set kombo Agro MADANI.
Masyarakat di negeri Perlis pada hari ini dilihat tidak melepaskan peluang membeli barangan keperluan harian pada harga yang sangat berpatutan yang diadakan di Dataran bersebelahan Kompleks Dewan Undangan Negeri, Persiaran Wawasan.
Menurut pemilik bersama Nasmadi Ventures, Kuala Perlis Na liyah Zainol, 45, sebanyak 500 kombo MADANI iaitu berupa set yang mempunyai seekor ayam, bawang kecil dan sayur hanya pada harga RM10 sahaja telah habis dijual semalam.
“Pada hari kedua ini, sebanyak 800 Set Kombo MADANI ini untuk dijual sehingga pukul 10.00 malam hari ini dan terhad satu untuk setiap keluarga sahaja,” katanya.

Orang ramai sejak awal pagi semalam hadir ke karnival bagi mendapatkan set kombo RM10.
“Rebut peluang dapatkan pelbagai lagi Jualan Agro MADANI di sini pada harga yang berpatutan,” ujar Shahida Samsudin, 36, yang menguruskan jualan gerai tersebut.
Karnival Jualan Agro MADANI selama tiga hari padat dengan pelbagai aktiviti dan pelbagai jenis gerai-gerai jualan seperti buah-buahan tempatan, pokok buah-buahan dan Agro Bazar.
-ZS-