
Laporan/foto: Norfaizah Adnan/Rajeswari Anbazagan (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 20 Jul (Malaysiaaktif) β Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JAPEN WPKLP) telah mengadakan Program ‘Viewing Party’ di 10 lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya bersempena Istiadat Pertabalan Yang di- Pertuan Agong ke-17.

Sekitar ‘viewing party’ sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini.
βIni satu proses yang mendidik masyarakat sebenarnya. Bukan sahaja mendidik dalam masa yang sama memberi kesedaran kepada masyarakat inilah indahnya adat istiadat negara kita,β kata Pengarah JAPEN WPKLP Sabarudin Yeop Hamza.

Sekitar ‘viewing party’ sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini.
Pengisian program seperti taklimat Raja Berpelembagaan, kuiz kenegaraan dan sesi NADI bersama Komuniti turut disemarakkan dalam melahirkan semangat cinta dan kasih rakyat kepada Raja Berpelembagaan bermula jam 8.00pagi hari ini.
Program anjuran Jabatan Penerangan WPKLP dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Komuniti MADANI itu mendapat sambutan yang agak menggalakkan.
-ZS-