Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Warga Pekan Teruja Menonton Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17

By 20 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin

PEKAN, 20 Jul (Malaysiaaktif) – Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim yang berlangsung di Istana Negara menimbulkan keterujaan orang ramai di daerah ini untuk menyaksikannya secara langsung.

Seorang pengunjung NADI Chini Timur 2 bersama anak-anak menonton Istiadat Pertabalan.

Menurut Tok Batin Kampung Orang Asli Kampung Permatang Keledang Norman Meng, istiadat ini bukanlah selalu dapat ditonton secara langsung di televisyen

“Maka kami mengambil peluang untuk mengikutinya beramai-ramai di kampung,” katanya.

Ketua Peneroka Felda Chini Timur 2, Muhamad Sarid Abdul Manaf yang turut serta menonton di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Chini Timur 2, berkata peluang menonton Istiadat Pertabalan yang penuh tertib adat Melayu mesti ditonton oleh golongan muda agar generasi muda menghargai dan memelihara adat budaya selama-lamanya.

Masyarakat Orang Asli menonton Istiadat Pertabalan di rumah Batin Norman Meng Kampung Permatang Keledang, Pekan.

Lebih daripada 500 orang menonton upacara istiadat ini di beberapa lokasi.

Antara lokasi tayangan wayang pacak Istiadat Pertabalan ini ialah di Sekolah Menengah Seri Pekan, Perpustakaan Awam Pekan, Kampung Orang Asli Permatang Keledang, NADI Chini Timur 2, NADI Peramu Jaya, NADI Beruas, NADI Tanjung Batu dan NADI Ketapang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda