
Laporan/foto: Norhayati Shamsu Anuar/Muhammad Amirul Faisal Rustan
GUA MUSANG, 28 Jul (Malaysiaaktif) – Kepesatan teknologi komunikasi digital tidak menjadikan keunikan wayang pacak ditelan zaman.
Menurut Setiausaha Politik kepada Menteri Komunikasi Abdullah Izhar Mohamed Yusof, wayang pacak perlu diteruskan menjadi salah satu medium untuk pihak jabatan kerajaan menyalurkan maklumat di samping mengekalkan konsep hiburan,” katanya, di sinisemalam.

Salah seorang penonton Mohd Fitri Adnan.
Salah seorang penonton Mohd Fitri Adnan, 18, berkongsi keterujaan menonton wayang pacak sememangnya memberikan pengalaman baharu baginya.
“Sebagai generasi baharu, saya harap penganjuran program seperti ini dapat diteruskan kerana ia memberi pendedahan mengenai apa yang kami tidak sempat lihat dan rasai sebelum ini,” katanya.

Tayangan wayang pacak di kedai Kak Ja.
Penganjuran wayang pacak di Kedai Kak Ja adalah inisiatif Pejabat Penerangan Daerah (PPD) Gua Musang dengan kerjasama Komuniti MADANI sebagai satu daripada usaha mengembalikan nostalgia dan menyuntik semangat patriotik dalam kalangan masyarakat setempat.
-ZS-