Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

‘Wayang Pacak’ Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Anjuran Jabatan Penerangan Menggamit Memori

By 20 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairunnisa Ismail/Suhaila Zulkifli (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 20 Jul (Malaysiaaktif) – Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim yang diadakan dengan penuh tradisi telah ditonton secara langsung oleh komuniti setempat di pekarangan Kedai Rosdi hari ini.

Nur Wahyu Mardhiah Salooha (ditengah) tersenyum gembira berpeluang untuk hadir pada program hari ini

Keunikan sistem penggiliran sembilan negeri beraja yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ini hanya diamalkan di negara Malaysia sahaja. Menurut Nur Wahyu Mardhiah Salooha, 16, beliau menzahirkan rasa teruja dan gembira apabila dapat hadir dan melihat istiadat pertabalan secara langsung bersama kawan-kawan.

Ujarnya, beliau bangun seusai subuh dan begitu bersemangat untuk menyaksikan istiadat yang hanya berlangsung setiap 5 tahun sekali ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKKP) Pulau Panjang, Zakaria Husin, 60, pula berkata program berbentuk seakan ‘wayang pacak’ ini menggamit memori Jabatan Penerangan Malaysia yang cukup sinonim dengan wayang pacak yang menayangkan cerita atau kempen-kempen kerajaan semasa.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKKP) Pulau Panjang, Zakaria Husin

“Tayangan seakan wayang pacak ini cukup menggamit memori bagi kami orang lama lebih-lebih lagi tayangan hari ini membawa siaran langsung istiadat pertabalan yang berlangsung di Balairung Seri Istana Negara seolah-olah membawa kami ke sana untuk menyaksikan pertabalan ini,” katanya.

Beliau juga berharap agar program seumpama ini perlu kerap diadakan agar dapat memberi pendedahan kepada orang ramai terutamanya golongan belia akan istiadat dan upacara penting yang sedang berlangsung di dalam negara.

Selain itu, program yang dihadiri seramai 50 orang ini turut diselit dengan acara taklimat ringkas isu-isu semasa, kuiz kenegaraan dan juga sesi cabutan bertuah.

-AA-

Tinggalkan komen anda