Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

100 Anggota Tentera Sertai Konvoi Motosikal Jelajah Kemerdekaan Negeri Pahang

By 23 Ogos 2024Ogos 27th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin

PEKAN, 23 Ogos (Malaysiaaktif) – Hampir 100 peserta yang terdiri daripada pegawai dan anggota askar wataniah dan lain-lain unit di bawah naungan 4 Briged Mekanize menyertai Program Konvoi Jelajah Kemerdekaan Negeri Pahang.

Berdoa sebelum memulakan perjalanan di hari kedua di Kompleks Rakan Muda Bera,

Program anjuran Jawatankuasa Pendokong Askar Wataniah Negeri Pahang ( JAKPAW ) yang dinaungi Menteri Besar Pahang bermula dari Kem Force 136 Pekan dan berakhir di Pantai Teluk Sisek Kuantan bermula pada 20 hingga 22 Ogos.

Menurut Leftenan Kolonel Haji Mohd Fadzil Haji Ngadiman selaku ketua konvoi , penganjuran jelajah kemerdekaan ini bertujuan untuk menyemarakkan sambutan kemerdekaan di kalangan anggota tentera.

“Selain dari konvoi, kita juga mengadakan aktiviti kemasyarakatan seperti projek Jiwa Murni di Masjid Bandar Satelit Muadzam Shah dan Masjid Tok Mengkarak Bera ” ujarnya.

Salah seorang peserta konvoi Pegawai Waran II Afanizam Abdul Manan , 45, berkata selain dapat mengeratkan silaturahim konvoi ini juga membawa semangat kemerdekaan.

“Saya amat bertuah dapat mengikuti konvoi ini kerana bukan sahaja dapat mengenali rakan baru tetapi dapat juga menghargai keamanan hasil kemerdekaan yang diperjuangkan oleh pemimpin terdahulu.” katanya semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda