
Laporan/foto: Sumardi Sugiman, Denis Etem dan Jackson Abell (Sarawak)
BAU, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 1,000 orang warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paku merangkumi guru-guru dan para pelajar memeriahkan Program PENTARAMA X Kelab Malaysiaku yang julung kali diadakan di sekolah ini pagi semalam dengan kibaran Jalur Gemilang.

Sumardi (empat dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Anek.
Pengetua Anek Apok dalam ucapan perasmiannya berterima kepada Jabatan Penerangan Negeri Sarawak kerana memilih lokasi sekolah itu sebagai tempat penganjuran program.
“Program ini penting bagi memupuk semangat patiotisme dan cintakan negara dalam kalangan rakyat khususnya para pelajar sekali gus mendidik generasi muda menghargai perpaduan dan keamanan di negara yang kita cintai ini,” katanya.
Dalam pada itu, Pegawai Penerangan Daerah Bau Sumardi Sugiman menyatakan rasa bersyukur dan terima kasih atas semangat yang dipamerkan oleh warga SMK Paku dalam mengibarkan Jalur Gemilang dan menyarankan agar mereka memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang di rumah masing-masing sempena Bulan Kebangsaan ini.

Pertandingan Lagu Patriotik menyemarakkan lagi Program PENTARAMA X Kelab Malaysiaku di SMK Paku.
Gerai Jualan Kemerdekaan dan Pertandingan Koir Lagu Patriotik merupakan pengisian menarik program itu selain nyanyian lagu patriotik dan kuiz kenegaraan.
-ZS-