Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

180 Sertai Mencari Harta Karun Kembara Jiwa Merdeka

By 11 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Arief/Hafizah Rahim (Marang)

MARANG, 11 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 180 peserta yang terdiri daripada kalangan ahli Komuniti MADANI Parlimen Marang menyertai Program Kembara Jiwa Merdeka berkonsepkan mencari harta karun, di sini kelmarin.

Peserta mula membanjiri pekarangan Dewan K Bestari Kampung Alor Limbat seawal pukul 7.00 pagi.

Menurut Ketua Komuniti MADANI Kampung Alor Limbat Sapudin Jusoh program tersebut mengkehendaki setiap peserta untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan di setiap lokasi yang ditetapkan dengan menaiki motosikal dan pemenang dipilih berdasarkan jumlah markah terkumpul di akhir program.

“Kembara Jiwa Merdeka yang bermula dari Kampung Alor Limbat dan meliputi sekitar Pekan Bukit Payung ini bertujuan untuk memeriahkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini sekali gus memupuk rasa cinta akan negara dalam kalangan masyarakat setempat terutamanya golongan belia.

Edaran bahan penerbitan dan promosi Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM) 2024 kepada para peserta turut diadakan.

“Yang lebih menarik pelbagai aktiviti serta soalan berunsurkan kemerdekaan dan kenegaraan dirangka di setiap check point (tempat pemeriksaan) bagi mencapai objektif utama program ini,” ujarnya.

Salah seorang peserta Zaini Sidek, 52, berkata program seperti ini wajar dijadikan sebagai acara tahunan kerana peserta bukan setakat meraikan sambutan Bulan Kebangsaan semata-mata malah turut dapat menambah ilmu pengetahuan tentang sejarah kemerdekaan negara kita terutamanya kepada anak muda.

Turut hadir merasmikan program, Pegawai Penerangan Daerah Marang Adawiyah Othman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda