Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

200 Peserta Sertai Fun Run Merdeka Sempena Program Komuniti MADANI Jeniang

By 25 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fauziah Abdul Wahab (Yan)

YAN, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – 200 peserta telah menyertai program Fun Run Merdeka peringkat Komuniti Madani Jeniang yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Jeniang Pusat pagi semalam bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan.

Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan iaitu kategori Sekolah Rendah, Kategori Sekolah Menengah dan Kategori Dewasa terbuka.

Para peserta yang mengambil bahagian Program Fun Run Merdeka.

Seorang pengunjung, Kuganathan, 37, dari Bedong berkata anaknya Sarvini, 10, begitu teruja untuk menyertai acara berkenaan.

“Ianya berbaloi apabila anak saya telah memenangi tempat pertama bagi Kategori Sekolah Rendah,” katanya.

Terdapat juga dalam kalangan ibu bapa yang mencadangkan agar program ini dijadikan acara tahunan sempena Bulan Kemerdekaan.

Ketua Komuniti MADANI Jeniang, Sairi Abdul Halim, 48, berharap program ini dapat memupuk semangat cinta dan sayangkan negara terutamanya golongan muda.

Nyanyian lagu patriotik bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan.

“Semangat patriosme dan kecintaan yang tinggi kepada negara merupakan benteng bagi mempertahankan serta menjamin keharmonian dan kedaulatan negara terus terpelihara,” katanya.

Turut hadir Guru Besar Jamil Bidin, Pengurus Ban Eng HuatChew Siak Kim dan Pengurus Wang Motor Ong Choon Kiat yang turut meyumbang hadiah cabutan bertuah untuk program ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda