Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

500 Kanak-kanak Meriahkan Malaysiaku Merdeka

By 22 Ogos 2024September 29th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zamrud Laili Mohd Mustap/Sufian Md Rashid

BUKIT MERTAJAM, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 500 orang kanak-kanak Tabika Perpaduan di sekitar daerah Seberang Perai Tengah telah memeriahkan suasana sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 dengan menyertai perarakan perbarisan pakaian beragam dan tradisional, di sini pagi tadi.

Pelepasan perarakan kemerdekaan disempurnakan oleh Pengarah Perpaduan Negeri Pulau Pinang.

Penglibatan kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun itu adalah sebagai memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.

Mieza Razali, 42, berkata, program sebegini patut dilaksanakan setiap tahun kerana ia bukan sahaja memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan kanak-kanak malah turut menggelorakan semangat patriotisme dalam kalangan ibu bapa.

“Tahniah dan syabas kepada penganjur kerana kanak-kanak ini dengan penuh semangat mengayakan pelbagai busana tradisional yang mencerminkan keunikan budaya Malaysia, “katanya ketika ditemui Malaysia Aktif.

Kehadiran waris juga turut menyerikan majlis.

Program Malaysiaku Merdeka dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Pulau Pinang sempena Kempen Kibar Jalur Gemilang 2024.

Program turut dimeriahkan dengan acara perarakan kemerdekaan yang disempurnakan oleh Pengarah Perpaduan Negeri Pulau Pinang, Rohai Zahar Nedi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda