Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Bajet Selangor 2025: Fokus Tangani Isu Jurang Pendapatan – Amirudin

By 11 Ogos 2024September 29th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 11 Ogos (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari akan menfokuskan isu jurang pendapatan dalam pembentangan Bajet 2025.

Katanya, terdapat masalah jurang ekonomi yang sedang kerajaan negeri tangani ketika ini.

Antara hadirin yang hadir di Majlis Penyerahan Sumbangan Parlimen Gombak dan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) di Pejabat Parlimen Gombak.

“Dulu kita sebut nak jadikan Selangor sebuah negeri berpendapatan tinggi, ramai yang ketawakan tapi baru-baru ini Bank Dunia melaporkan Selangor menjadi sebuah negeri berpendapatan tinggi.

“Cuma saya akui ada jurang di antara golongan berpendapatan sangat tinggi dan rendah,” katanya.

Menurutnya, perkara berkenaan akan disentuh dalam Bajet 2025 yang akan dibentangkan pada November atau Disember nanti.

Beliau ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Parlimen Gombak Dan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) di Pejabat Parlimen Gombak, di sini hari ini.

Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak menyampaikan penyerahan bantuan perniagaan, komputer dan cermin mata membabitkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM80,000.

-ZS-

Tinggalkan komen anda