Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Belia, Warga Emas antara Pengundi Awal Hadir Tunai Tanggungjawab

By 17 Ogos 2024September 29th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Wan Shahilawati Wan Baharuddin (Gua Musang)

GUA MUSANG, 17 Ogos (Malaysiaaktif) – Gementar, itu perasaan pengundi muda yang pertama kali keluar mengundi melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

Akmal Haikal Aliyasok, 18, mengakui berasa berdebar kerana ini merupakan kali pertama melalui proses mengundi.

Akmal Haikal Aliyasok, pengundi muda paling awal keluar mengundi

“Saya kali pertama mengundi dan rasa berdebar kerana belum pernah mengundi sebelum ini.

“Walaupun gementar, saya teruja kerana terlibat dalam peristiwa penting ini. Saya tiba seawal jam 7.50 pagi di pusat mengundi Tabika Sri Bakawali Bertam Lama.

Mohamed Jusoh yang uzur dipapah oleh anak dan cucu demi menunaikan tanggungjawab membuang undi di Tabika Sri Bakawali Bertam Lama

“Sebaik sahaja selesai memang rasa lega dan baru saya dapat rasai pengalaman mengundi,” katanya yang bekerja sebagai penoreh getah secara sambilan untuk membantu ibunya.

Sementara itu, warga emas, Mohamad Jusoh, 89, yang uzur tidak melepaskan peluang untuk tiba jam 9.30 pagi untuk membuang undi ditemani anak dan cucu.

“Meski berkerusi roda dan perlu dipapah, saya tetap bersemangat untuk keluar mengundi dan belum pernah ketinggalan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Walaupun uzur dan pergerakan terbatas, saya sudah beritahu anak untuk bantu saya ke pusat mengundi,” katanya.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Nenggiri diadakan berikutan kekosongan kerusi selepas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun lalu.

-AA-

Tinggalkan komen anda