Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPutrajayaWilayah Persekutuan

CFD: Putrajaya Kembali Raikan Hari Tanpa Kenderaan

By 4 Ogos 2024September 29th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/PPj (Kuala Lumpur)

PUTRAJAYA, 4 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Hari Tanpa Kenderaan di Putrajaya atau lebih dikenali Putrajaya Car Free Day (CFD) kembali membuka tirainya selepas penganjuran kali terakhir pada 2019.

Fadillah diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa melawat reruai

Program anjuran Perbadanan Putrajaya (PPj) itu bakal dianjurkan pada setiap hari Sabtu minggu ke-4 setiap bulan dan membuka peluang kepada agensi luar untuk bekerjasama dari segi pengisian aktiviti.

Penganjuran sulung CFD bagi tahun ini telah dimeriahkan dengan Program Larian MAPPA XIX yang melibatkan lebih 1,500 penjawat awam bersama keluarga dan telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof di Dataran Putrajaya, Presint 3 pada pagi semalam.

Hadir bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof merasmikan CFD Putrajaya di Dataran Putrajaya hari ini

Antara aktiviti sampingan yang diadakan adalah walkathon, street soccer, jualan RAHMAH, saringan kesihatan, jualan FAMA, reruai pameran dan aktiviti riadah sihat lain yang memberi peluang kepada warga Putrajaya untuk meluangkan hujung minggu secara santai tanpa gangguan kenderaan di pusat pentadbiran negara.

Selain memupuk dan mempromosi amalan hijau kepada orang ramai CFD juga mengurangkan pencemaran udara selaras dengan hasrat untuk menjenamakan Putrajaya sebagai Bandar Hijau Karbon Rendah.

“Sepanjang tempoh CFD berlangsung, penutupan penuh akan dibuat di Dataran Putrajaya, iaitu bermula dari persimpangan Menara Prisma ke persimpangan Menara Tulus,” kata PPj dalam satu kenyataan hari ini.

-AA-

Tinggalkan komen anda