Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Durian Kuning – Buah Kegemaran Masyarakat di Utara Sarawak

By 2 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Juliani Bolhi (Sarawak)

LIMBANG, 2 Ogos (Malaysiaaktif) – Musim buah-buahan kembali lagi di Limbang iaitu bahagian pentadbiran paling utara di Sarawak dan antara buah yang digemari adalah buah durian kuning.

Buah durian yang terdapat di Limbang.

Terdapat pelbagai jenis durian kuning dengan pelbagai warna terdapat di utara Sarawak terutamanya Daerah Limbang dan Lawas dan warna durian kuning ini adalah merah jambu, kuning terang, kuning muda, oren terang dan oren muda.

Antara jenis durian kuning tersebut adalah durian suluk, durian kuning otak udang ataupun digelar utak nanggalah bagi penduduk tempatan dan durian kuning simpur yang yang cukup digemari orang ramai.

Namun begitu, keenakan durian berisi kuning jenis otak udang menjadi pilihan utama pembeli penduduk tempatan dan pengunjung yang datang ke daerah ini.

Siti Aisah Abdullah.

Menurut Siti Aisah Abdullah, 54, yang merupakan salah seorang penjual durian kuning, berkata selain durian otak udang, pelbagai jenis durian kuning turut dijual di bandar Limbang khususnya di Tamu Khamis dan Jumaat dan Tamu Minggu di sini.

“Durian kuning jenis otak udang amat digemari, diminati dan menjadi pilihan utama pembeli kerana rasa yang lunak, sedap, segar dan lemak manis berbanding durian putih walaupun harganya durian kuning mahal berbanding durian putih,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda