
Laporan/foto: Safik Effendi Kassim
KUCHING, 21 Ogos (Malaysiaaktif) – Empat acara sukan e-sukan pelbagai kategori berlangsung di Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, di sini hari ini.
Memasuki hari kedua pertandingan e-sukan di temasya SUKMA XXI Sarawak 2024, empat acara yang berlangsung ialah PUBG, Mobile Legends Bang Bang, Tekken 8 dan e-Sim Perlumbaan.

Samson Oniel.
Peserta dari Sarawak bagi acara Tekken-8, Samson Oniel, berkata cabaran pertandingan pada hari kedua ini begitu sengit.
“Pasukan Sarawak hari ini menentang pasukan Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Terangganu dan Sabah.
“Untuk masuk ke peringkat seterusnya masih belum dapat dipastikan lagi memandangkan ada juga pusingan yang kami kalah dan ada juga pusingan yang kami menang,” katanya.
Menurutnya lagi, pasukan e-sukan Sarawak membuat persiapan untuk menghadapi SUKMA XXI Sarawak 2024 bermula sejak awal tahun ini dengan latihan tujuh jam sehari.
-ZS-