Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Generasi Muda Perlu Fahami Erti Kemerdekaan Sebenar

By 19 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Shaik Mohd Fikri Shaik Ismail (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 19 Ogos (Malaysiaaktif) – Generasi muda perlu diberi kefahaman tentang erti kemerdekaan yang sebenar sejak di awal persekolahan lagi agar mereka lebih mensyukuri serta menghargai keamanan dan kemakmuran negara yang dikecapi pada hari ini.

Pegawai Penerangan Daerah, Kuala Nerus, Nor Emylia Lot menyerahkan bahan penerbitan Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Terengganu kepada pihak sekolah sebagai simbolik jalinan kerjasama program.

“Bulan Kemerdekaan tidak sekadar diraikan dengan aktiviti-aktiviti bersifat patriotik dan kenegaraan sahaja tetapi anak-anak perlu didorong dengan rasa syukur kerana negara kita telah bebas daripada penjajah dan rakyat di negara ini dapat keluar menuntut ilmu dalam keadaan aman damai tanpa sebarang halangan berbanding dengan negara yang masih dijajah.

“Komuniti MADANI Pekan Tepoh sentiasa menyokong setiap program kenegaraan yang dilaksanakan di daerah ini melibatkan pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

Ketua Komuniti MADANI Pekan Tepoh Padelah Suhaimi Mohamad Nor, berkata demikian ketika merasmikan Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA), Komuniti MADANI @ Merdeka, di sini kelmarin.

Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat DUN Tepoh.

Seramai 500 pelajar dan warga pendidik Sekolah Kebangsaan Bukit Nanas, Tepoh turut terlibat secara langsung menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan di Program Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh bersama Komuniti MADANI.

Guru Penolong Kanan Kokurikulum Ramli Endut, berkata antara aktiviti yang diadakan sepanjang Bulan Kebangsaan ini adalah pertandingan baju beragam, pertandingan koir antara unit beruniform, pertandingan mewarna, pertandingan permainan tradisional, pertandingan koir kemerdekaan dan tayangan dokumentari kemerdekaan.

“Menjelang Bulan Kebangsaan, pelbagai aktiviti di atur di peringkat sekolah dalam usaha memupuk semangat patriotisme dan semangat cintakan negara dalam kalangan pelajar termasuk murid prasekolah, pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan pelajar Program Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK),” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda