Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Geran Sejati Madani Memberi Manfaat kepada Komuniti

By 13 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhd Sufe Fuddin/Hasmah Hanafi (Kulim)

KULIM, 11 Ogos (MalaysiaAktif) – Program Sejahtera Komuniti (SEJATI MADANI) merupakan inisiatif baharu Kerajaan MADANI untuk merancakkan aktiviti ekonomi bagi meningkatkan pendapatan komuniti setempat.

Antara penerima geran yang hadir.

Satu sesi libat urus berkenaan penyerahan cek cura Geran Peruntukan Sejati Madani kepada 21 orang Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKKP) telah diserahkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution di Dewan Muadzam Shah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, di sini kelmarin.

Pada sesi tersebut Saifuddin menggesa semua JPKKP supaya memanfaatkan sebaiknya Program SEJATI MADANI dan memberikan komitmen sepenuhnya dalam memastikan peruntukan dapat digunakan sebaiknya untuk meningkatkan ekonomi komuniti setempat termasuk memberi peluang pekerjaan kepada yang memerlukan.

Salah seorang JPKKP yang menerima geran peruntukan, Azimi Che Kadir, 58, berkata beliau merupakan komuniti pertama yang layak dan telah menggunakan peruntukan yang diberikan.

Azimi antara penerima geran.

“Saya mewakili penduduk kampung Guar Lobak mengucapkan terima kasih dan menghargai pemberian dana komuniti ini daripada kerajaan kerana secara tidak langsung sewaan yang diberikan dapat menjana pendapatan kepada komuniti setempat sekali gus komuniti dapat bergerak sendiri untuk lebih berkembang dan maju pada masa akan datang,” ujarnya.

Azimi menggunakan peruntukan tersebut untuk membeli peralatan katering seperti khemah, meja, kerusi dan perkakas hidangan majlis kenduri untuk disewakan dengan harga yang berpatutan.

Turut hadir Pengarah Pembangunan Negeri Kedah Zaiton Yahya dan Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah Mohd Suhaizan Saim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda