Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Hari Kebangsaan ke-67 Peringkat Daerah Rompin Disambut Meriah

By 31 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faisal Ishak/Mohd Suhaizad Abd. Samad

ROMPIN, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Penduduk daerah Rompin tahun ini menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67 dengan penuh semangat patriotisme di Dataran Rompin, di sini pagi tadi.

Antara gaya persembahan dalam perarakan daripada kontinjen Pejabat Pendidikan Daerah Rompin.

Bertemakan ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’ yang mencerminkan semangat perpaduan dan patriotisme, acara yang disambut dengan penuh gilang-gemilang pada kali ini dimulakan dengan perarakan masuk Kawalan Kehormatan Utama dari kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ibu pejabat Daerah (IPD) Daerah Rompin.

Perarakan daripada kontinjen pada tahun ini turut disertai oleh 28 jabatan dan agensi kerajaan di daerah Rompin dengan pelbagai gaya dan cara.

Turut menjayakan acara sambutan pada kali ini adalah persembahan silat dari Persatuan Silat Lincah Cawangan Rompin, persembahan tarian sewang dari etnik Orang Asli yang dijayakan oleh pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Tanjung Gemok dan tarian singa oleh Persatuan Pelajar Cina Sekolah Menengah Rompin.

Juara Kontinjen Terbaik sambutan Hari Kebangsaan ke-67 Peringkat Daerah Rompin.

Dalam ucapan Pegawai Daerah Rompin Muhammad Hatta Kassim, menyeru agar penduduk di daerah Rompin terus menjaga perpaduan dan keamanan yang telah dikecapi agar sentiasa dipelihara dan dijunjung tinggi.

Salah seorang pengunjung yang hadir Mohd Shamsul Izwan Shamsudin, 48, dari Bandar Muadzam Shah turut teruja dengan persembahan dan gaya perarakan yang meriah pada tahgun ini.

“Saya berharap anak-anak mendapat sesuatu yang bermanfaat supaya generasi akan datang terus memelihara keharmonian dan perpaduan di kalangan kaum di negara ini terus terpelihara,” ujarnya yang turut membawa keluarganya menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan.

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Rompin telah menggondol hadiah sebagai Kontinjen Terbaik dengan membawa pulang hamper dan tunai RM 1,000.

Manakala, Majlis Daerah Rompin (MDR) diisytiharkan sebagai Naib Johan Kontinjen Terbaik dengan membawa pulang hamper dan wang kemenangan sebanyak RM 700 serta Pejabat Kesihatan Daerah Rompin di tempat ketiga dengan membawa pulang hamper dan wang kemenangan sebanyak RM 500.

-ZS-

Tinggalkan komen anda