
Laporan/foto: Suriani Ghazali/Shahrizan Ismail (Batang Padang)
TAPAH, 23 Ogos (Malaysiaaktif) – Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan bercemar duli berangkat ke Program Jelajah HPV Negeri Perak anjuran Nasional Cancer Society Malaysia (NCSM) di Dewan Merdeka, di sini semalam.

Peserta mengambil peluang bergambar bersama Tuanku Zara.
Keberangkatan baginda turut diringi oleh Orang Besar Jajahan Daerah Datuk Mat Rasid Ayob dan Pegawai Daerah Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori.
Tapah merupakan daerah ke-6 bagi siri jelajah ini dan sekurang-kurangnya 300 peserta berumur 13 hingga 45 tahun telah mendapatkan vaksinasi papilomavirus manusia (HPV) pada hari tersebut.
Penuntut UiTM Kampus Tapah yang hanya mahu dikenali sebagai Aliya Maisarah, 20, berkata dia tidak mahu ketinggalan untuk menyertai program ini kerana suntikan vaksin HPV diberikan secara percuma.

Antara peserta lelaki yang turut mendapatkan suntikan vaksin HPV.
“Kos vaksinasi HPV boleh melebihi RM300 jika mendapatkannya di luar jadi peluang mendapatkannya secara percuma memang tidak dilepaskan,” ujarnya.
-ZS-