Skip to main content
Berita Sabah & LabuanLabuan

JIM Labuan tahan 13 PATI

By 1 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/JIM Labuan

LABUAN, 1 Ogos ( Malaysiaaktif ) – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Labuan berjaya menahan seramai 13 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam dua operasi berasingan yang dijalankan pada 29 dan 31 Julai lalu di tujuh premis sekitar pulau bebas cukai itu.

Pengarah Imigresen Labuan, Raymond Entalai

Menurut Pengarah Imigresen Labuan, Raymond Entalai, kesemua PATI yang ditahan terdiri daripada 12 wanita Filipina dan seorang lelaki Pakistan.

“Kesemua PATI yang ditahan kini sedang disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan 39b Peraturan-peraturan Imigresen 1963, mereka ditempatkan di Balai Polis Labuan dan Depot JIM Labuan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Raymond turut menasihatkan para majikan agar mematuhi undang-undang dengan hanya mengambil warganegara asing yang mempunyai dokumen sah untuk bekerja.

“Jabatan ini akan sentiasa mempergiatkan operasi penguatkuasaan dari masa ke masa bagi membanteras lambakan pendatang asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Pemeriksaan di salah satu premis yang dikenal pasti JIM

“Jabatan Imigresen tidak akan berkompromi dengan mana-mana warganegara asing yang masuk dan tinggal di negara ini tanpa pas sah serta mereka yang menyalahgunakan pas dan kemudahan yang diberikan.

“Tindakan pendakwaan juga akan dikenakan terhadap majikan serta pemilik premis yang menggaji warganegara asing tanpa dokumen perjalanan dan pas yang sah,” ujarnya.

Tambahnya, dengan operasi yang berterusan itu, Jabatan Imigresen berharap dapat mengurangkan jumlah pendatang tanpa izin di Labuan serta memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat tempatan.

-AA-

Tinggalkan komen anda