Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

JIWA Komuniti MADANI Peringkat Parlimen Kuala Pilah Meriah

By 12 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)/Mohd Khairulnizam Mohd Yunus (Negeri Sembilan)

KUALA PILAH, 12 Ogos (Malaysiaaktif) – Lebih 30 agensi dan rakan strategik Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Sembilan daripada persekutuan dan negeri terlibat dalam Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Komuniti MADANI Parlimen Kuala Pilah, di Dataran Kuala Pilah, kelmarin.

Antara aktiviti menarik yang disediakan.

Menurut Pengarah JaPen Negeri Sembilan Azrul Hasan, Program JIWA Komuniti MADANI adalah program turun padang dan sesi libat urus Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) bersama masyarakat setempat dalam suasana yang santai bagi bersama-sama memasarkan maklumat kepada rakyat khasnya di Kuala Pilah.

“Program ini dapat dijadikan platform untuk menguar-uarkan maklumat, dasar dan inisiatif kerajaan serta saluran untuk menyampaikan mesej kenegaraan serta perkhidmatan berteraskan konsep Malaysia MADANI.

“Di samping itu, tidak ketinggalan penglibatan sebanyak 15 Komuniti MADANI di daerah Kuala Pilah dalam semua aktiviti yang dijalankan,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan.

Pengunjung turut mengambil kesempatan membeli barangan yang dijual.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah, fun walk bendera gergasi, explorasi, sukaneka, demonstrasi masakan, Jualan Agro Madani, Jualan Rahmah, Jualan Nismilan Prihatin, kursus pendek Pejabat Pertanian, pertandingan basikal berhias merdeka, bacaan teromba dan pertandingan masakan.

Majlis Perasmian disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Adnan Abu Hassan.

Turut hadir Pegawai Daerah Kuala Pilah Nawal Mohamed Amin dan ketua-ketua jabatan di daerah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda