
Laporan/foto: Lyana Athirah Mohd Saad (Pokok Sena)
POKOK SENA, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Penduduk Taman Nuri hari ini bersemangat menyambut Hari Kemerdekaan dengan pelbagai aktiviti yang memupuk semangat patriotisme dalam kalangan penduduk bermula dari kanak-kanak sehingga dewasa.

Pertandingan Baju Kemerdekaan.
Ketua Komuniti MADANI Jalan Datuk Kumbar Badriah Mustafa, 58, berkata program ini merupakan tahun ketiga diadakan dan sentiasa mendapat sambutan yang sangat menggalakkkan daripada Penduduk Taman Nuri.

Pertandingan mewarna.
“Semangat patriotisme serta semangat cinta akan tanah air perlu sentiasa diterap dari semua peringkat umur dan bukan sahaja pada Bulan Kebangsaan, tetapi sepanjang zaman,” katanya.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti Pertandingan Memasak Makanan Tradisional, Pertandingan Replika, Pakaian Merdeka Tercantik, Pertandingan Sajak dan banyak lagi.
Program JIWA Komuniti @ Merdeka Komuniti Jalan Datuk kumbar ini merupakan kerjasama dengan Kebajikan Islam Taman Nuri, Masjid Al-Hidayah Taman Nuri, Masjid Al-Ikhlas Taman Nuri, Badan Kebajikan Fasa 3 Taman Nuri dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Nuri.
-ZS-