Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

JKM Selangor Kendali 1,805 Kes Penderaan, Pengabaian Kanak-kanak – EXCO

By 1 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG BARU, 1 Ogos (Malaysiaaktif) – EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Anfaal Saari memaklumkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor telah mengendalikan sebanyak 1,805 kes sejak Januari hingga Jun tahun ini.

Anfaal bergambar bersama tetamu jemputan dan pelajar selepas merasmikan Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak: Kasih Kanak-kanak di SMK Darul Ehsan

Katanya, statistik berkenaan melibatkan penderaan fizikal, seksual, emosi serta pengabaian terhadap kanak-kanak di negeri ini.

“Individu atau komuniti, perlu cakna terhadap hak kanak-kanak serta tindakan yang perlu diambil sekiranya tahu ada kanak-kanak terdedah atau terlibat dalam kes penderaan dan pengabaian.

“Hubungi talian kasih 15999, atau melalui whatsapp 019-2615999 atau dapatkan pertolongan daripada jiran,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran dan Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak: Kasih Kanak-kanak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Darul Ehsan di sini, hari ini.

Anfaal bertanya sesuatu kepada pegawai bertugas di reruai PDRM sempena Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak: Kasih Kanak-kanak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Darul Ehsan

Turut hadir Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim dan Pengetua SMK Darul Ehsan, Zalina Mahmood.

Mengulas lanjut, katanya program advokasi berkenaan akan dilaksanakan di 12 buah sekolah terpilih di Selangor.

“Kita nak anak-anak kita tahu hak mereka, sebab itulah kita laksanakan program ini.

“Pengisiannya melibatkan ceramah dan pameran agensi seperti polis, JKM dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) yang memberikan maklumat dan panduan kepada kanak-kanak,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda