Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kembara Jiwa Merdeka Daerah Pendang Semarakkan Semangat Menyambut Hari Kebangsaan ke-67

By 7 Ogos 2024September 29th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Azian Saad (Pendang)

PENDANG, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Pejabat Daerah dan Tanah daerah Pendang telah menganjurkan Program Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Kembara Jiwa Merdeka peringkat daerah Pendang, di sini semalam bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan sempena menyambut Hari Kebangsaan ke-67 tidak lama lagi.

Kelab Motor Klasik yang turut menyertai konvoi.

Program yang diadakan di persekitaran Mini Stadium Pendang ini melibatkan sebanyak 32 agensi yang terdiri daripada jabatan kerajaan persekutuan dan negeri, agensi swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat persendirian seperti 1Minute Miracle Sdn. Bhd., Pasukan Human Encourage Recycling Outcome (HERO) Pendang, Pusat Memandu Pendang dan Kelab Proton.

Salah seorang peserta konvoi Azmi Shafie, 47, mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur kerana telah berjaya menganjurkan program yang meriah seperti ini.

Pegawai Daerah Pendang menyerahkan Jalur Gemilang kepada peserta konvoi.

“Dengan adanya program seperti ini, ia dapat menaikkan semangat kemerdekaan dan memberi galakan kepada orang ramai untuk memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman masing-masing, premis perniagaan dan kenderaan persendirian.

“Orang ramai disarankan untuk mengambil inisiatif membeli sendiri Jalur Gemilang dan tidak mengharapkan untuk mendapat bendera yang diberi secara percuma semata-mata,” ujarnya.

Majlis perasmian yang diadakan pada pukul 5.30 petang itu telah disempurnkan oleh Pegawai Daerah Pendang Nasrun Datuk Mohd Sheriff dengan membuat penyerahan Jalur Gemilang kepada semua agensi yang terlibat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda