Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Kempen Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang Kampung Tringgus Rabak Rotan dapat Sambutan

By 11 Ogos 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sumardi Sugiman/Denny Asip (Sarawak)

KUCHING (BAU), 11 Ogos (Malaysiaaktif) – Kempen Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung setempat terlibat di Kampung Tringgus Rabak Rotan, di sini semalam.

Anak-anak ahli Komuniti MADANI Kampung Tringgus Rabak Rotan juga mengambil bahagian dengan menzahirkan rasa cinta kepada negara.

Semasa program tersebut, seramai kira-kira 100 orang peserta yang terdiri daripada Komuniti MADANI Kampung Tringgus Rabak Rotan dan penduduk kampung telah hadir bagi memberi tanda sokongan sekali gus memeriahkan program ini.

Program tersebut adalah anjuran Jabatan Penerangan Daerah Bau dengan kerjasama Komuniti Madani Kampung Tringgus Rabak Rotan.

“Antara pengisian program merangkumi ceramah, senamrobik, gotong-royong, sembang santai dan edaran bahan penerbitan, kiosk sudut maklumat rakyat JAPEN Bau dan hebahan Kempen Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang,” kata Pegawai Penerangan Daerah Bau, Sumardi Sugiman.

Komuniti MADANI Kampung Tringgus Rabak Rotan berjalan mengeliling kampung sambil mengibar Jalur Gemilang.

Tambah Sumardi lagi, Kempen Penghayatan Rukun Negara turut dilaksanakan semasa program tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda