Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Kerajaan Melaka Sentiasa Komited Sediakan Kemudahan, Insfrastruktur Sekolah Lebih Kondusif

By 15 Ogos 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Farhana Azman (Jasin)/JKR

MELAKA, 15 Ogos (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Melaka sentiasa berusaha mengutamakan kebajikan rakyat dalam melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan.

Zahari Abd Kalil (tiga dari kiri) hadir merasmikan program.

Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Melaka Zahari Abd Kalil, kerajaan negeri begitu komited dan sentiasa berusaha untuk menyediakan kemudahan dan infrastruktur yang lebih kondusif dengan menepati spesifikasi yang ditetapkan.

“Ini dapat dibuktikan bahawa projek membina dan menyiapkan Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran Chenderah dimulakan pembinaan pada 21 Disember 2021 di atas tapak seluas 12.6 ekar yang bernilai RM 12.1 juta mampu menampung seramai 450 orang pelajar di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK -11) dan berjaya disiapkan seawal 25 hari dari tarikh siap asal.

Bangunan baharu Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran Chenderah.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor yang terlibat dalam melaksanakan projek ini dengan sempurna dan ianya boleh menjadi satu mercu tanda kecemerlangan dalam melaksanakan projek baharu di masa hadapan,” ujarnya ketika Majlis Penyerahan Projek Membina dan Menyiapkan Sekolah Menengah Tahfiz Al – Quran, Chenderah, kelmarin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda