
Laporan/foto: Muhamad Muzaffar Marrudzuki
TAMPIN, 3 Ogos (Malaysiaaktif) – Tiga penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh meluahkan rasa bersyukur apabila menerima kediaman sendiri melalui Program Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Majlis Penyerahan Rumah Bina Baharu Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Parlimen Tampin di Kampung Air Kuning Selatan.

Mohd Isam ketika memberikan ucapan perasmian.
Menurut Ahli Parlimen Tampin Datuk Mohd Isam Haji Mohd Isa, kerajaan persekutuan serta kerajaan negeri sentiasa komited dalam membantu golongan miskin di seluruh Malaysia termasuk di daerah Tampin.
“Kerajaan telah mewujudkan pelbagai inisiatif dalam usaha untuk membantu golongan rakyat yang kesusahan.
“Selain daripada Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), kerajaan juga cuba untuk membantu rakyat melalui Program Jualan Rahmah, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pelbagai lagi bergantung kepada kelayakan pemohon,” katanya dalam majlis tersebut, di sini semalam.

Mohd Isam dan Suhaimizan turut melawat dan menghulurkan bantuan kepada warga emas yang menetap di Kampung Air Kuning Selatan.
Penerima rumah Noriyah Abd Aziz, 61, berkata beliau bersyukur kerana setelah sekian lama akhirnya memiliki rumahnya sendiri dan tidak perlu lagi menyewa.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Gemencheh Suhaimizan Bizar dan Pengarah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Negeri Melaka.
-ZS-