Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Ketua Polis Johor Lancar Taman Angkat AMANITA di Tangkak

By 1 Ogos 2024September 29th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Yusof Abdul Samad (Tangkak)

TANGKAK, 1 Ogos (Malaysiaaktif) – Kepadatan penduduk di Taman Tangkak Jaya yang mencapai populasi sehingga 9,000 orang antara faktor pemilihan kawasan tersebut dipilih sebagai Taman Angkat AMANITA oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor.

Komisioner M Kumar, berkata tahap kesedaran sivik dikalangan penduduk setempat perlu ditingkatkan agar jenayah dapat dibanteras secara bersama.

Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar, berkata program ini bukan sahaja dapat mewujudkan jalinan kerjasama antara PDRM dan masyarakat malah persefahaman yang kukuh dapat menyelesaikan apa sahaja masalah yang timbul.

“Tanpa persefahaman dan kerjasama agak mustahil objektif PDRM ke arah membanteras jenayah dapat mencapai matlamat yang dicita-citakan selama ini.

“Sebab itu tahap kesedaran sivik dalam kalangan penduduk setempat perlu ditingkatkan agar jenayah dapat dibanteras secara bersama,” katanya ketika merasmikan pelancaran Taman Angkat AMANITA di Taman Tangkak Jaya, di sini semalam.

Persembahan violin oleh pelajar Sekolah Kebangsaan Ledang, Tangkak memeriahkan lagi majlis pelancaran Taman Angkat AMANITA di Tangkak, semalam.

Selain itu, pameran daripada pelbagai jabatan kerajaan dan persembahan gesekan violin oleh pelajar Sekolah Kebangsaan Ledang memeriahkan lagi program yang diadakan.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tangkak EE Chin Li.

-ZS-

Tinggalkan komen anda