Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Kibar Jalur Gemilang Tanda Taat Setia Kepada Negara

By 4 Ogos 2024September 29th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Jamilah binti Sulaiman Nasution/Mohd Khairulnizam bin Mohd Yunus (Seremban)

SEREMBAN, 3 Ogos (Malaysiaaktif) – Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang harus dijayakan sebagai tanda taat setia kepada negara kita yang tercinta.

Orang ramai menyanyikan lagu Jalur Gemilang

“Kibarkan Jalur Gemilang yang cukup sifat, tidak koyak, tidak uzur dan tidak lusuh kerana bendera ialah gambaran diri kita sebagai warganegara yang bertanggungjawab” ujar Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato Seri Utama Aminuddin Harun ketika merasmikan Majlis Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sembilan di Dataran Nilai, semalam.

Menteri Besar Negeri Sembilan ketika memberikan ucapan perasmian

Program seumpama ini mampu menginterpretasi makna dan semangat patriotik bagi setiap rakyat dengan membentuk kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni dan progresif.

Tambahnya, semangat ini harus digelorakan dalam menuju Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan yang akan diadakan di Padang Majlis Bandaraya Seremban pada 31 Ogos 2024 kelak.

-AA-

Tinggalkan komen anda