
Laporan/foto: Petrus Ngalih Tingi (Sarawak)
KUCHING, 9 Ogos (Malaysiaaktif) – Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG) telah berjaya melaksanakan Kursus Penanaman dan Penjagaan Hidroponik di Kampung Abang, Padawan, di sini melalui Program Upaya Bakat.

Sawi kerinting yang berjaya ditanam secara hidroponik.
Program selama 35 hari itu bertujuan menyokong pembangunan komuniti dan keusahawanan dengan memberi kemahiran serta pengetahuan tentang teknik pertanian moden kepada penduduk kampung.
Pengarahnya, Khalid Husseine Tuah, berkata komitmen KKMG untuk terus menyokong usaha-usaha ini agar projek tidak terhenti dan dapat melahirkan lebih ramai usahawan hidroponik terutama di kawasan luar bandar.
“Pihak KKMG akan terus memberi kerjasama kepada pihak yang berkenaan bagi melahirkan lebih banyak usahawan dalam bidang hidroponik ini, terutamanya di kawasan luar bandar, sekaligus membantu menjana pendapatan harian mereka,” tambah beliau ketika ditemui semalam.

Pensyarah KKMG, Chong Man Lung telah menunjukkan kepada penduduk cara menuai hasil sawi kerinting di dalam bekas hidroponik.
Kesemua peserta kursus telah terlibat dalam pembinaan rumah hidroponik, pemasangan sistem perairan, dan semaian biji benih sawi kerinting.
Selain itu, mereka juga menerima pemantauan berterusan daripada pihak kolej sehingga tanaman berjaya dituai.
-ZS.