
Laporan/foto: Muhammad Fakhri Md Nor/Nurul Habibah Hassan (Manjung)
LUMUT, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Konvoi Kembara Medeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Negeri Perak 2024 tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, di sini pagi semalam iaitu hari kedua misi penjelajahan.

Yosri ketika berucap.
Panglima Latihan dan Doktrin TLDM Laksamana Muda Datuk Pahlawan Abd Halim Shaari meluahkan rasa teruja kerana ia merupakan julung kali diadakan di sini.
“Pertama kali dalam sejarah penganjuran KMJG memilih Pangkalan TLDM Lumut sebagai salah satu destinasi yang dituju.
“Saya sangat berbesar hati menerima kunjungan daripada pihak Jabatan Penerangan (JAPEN) Negeri Perak dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan bersama-sama warga TLDM,” katanya ketika merasmikan program.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perak merangkap Ketua Konvoi KMJG Yosri Abu Mahsin, berkata kemerdekaan itu tercapai dengan pengorbanan.

Datuk Pahlawan Abd Halim menandatangani buku log KMJG 2024.
“Ia menuntut pengorbanan tentera, polis serta pejuang-pejuang kebangsaan dan ramai rakyat dalam mempertahankan negara.
“Jadi kalau dulu pengorbanannya besar, apalah sukarnya bagi kita pada hari ini untuk kibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda taat setia kita kepada tanah air Malaysia,” ujarnya.
-ZS-