Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

#KMJG2024: 15 Ribu Tontonan di Media Sosial Tanda Sokongan Masyarakat Perlis

By 4 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat (Kangar)

KANGAR, 4 Ogos 2024 (Malaysiaaktif) – #KMJG 2024 bagi checkpoint 32 dan 33 kini berada di Negeri Perlis tanda bermulanya Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 Peringkat Negeri Perlis pada petang semalam.

Penduduk setempat memberikan sokongan

Penyerahan Jalur Gemilang oleh Ketua Konvoi Kedah kepada Ketua Konvoi Perlis di Jelempok, Arau menandakan bermulanya acara menyemarakkan Bulan Kebangsaan 2024.

Sebanyak 12 ribu tontonan menerusi secara langsung di media sosial rasmi Jabatan Penerangan Negeri Perlis sepanjang berlangsungnya #KMJG2024 yang dikongsikan secara langsung menerusi Facebook JAPEN Perlis, membuktikan sokongan padu masyarakat di negeri Perlis terhadap program kenegaraan.

Bagi hari pertama, tiga lokasi telah diadakan penyerahan Jalur Gemilang kepada Komuniti MADANI di kawasan Tambun Tulang, Simpang Empat dan Jalan Semarak, Kuala Perlis.

Laungan merdeka bergema ketika majlis perasmian

Seterusnya, majlis perasmian telah diadakan di Kompleks Kraftangan Negeri Perlis bagi lokasi utama checkpoint #KMJG2024 di negeri Perlis.

Menurut Mazli Hamdan, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perlis selaku Ketua Konvoi, kesedaran mengibarkan Jalur Gemilang di bulan kebangsaan diharapkan dapat diperhebat lagi di negeri Perlis.

“Sokongan padu masyarakat setempat boleh dilihat apabila sepanjang laluan konvoi, masyarakat setempat melambai-lambai kepada peserta-peserta konvoi membuktikan masyarakat memberikan sokongan padu bagi program-program kenegaraan dalam meningkatkan rasa cinta kepada tanah air,” ujar YB Gan Ay Ling yang telah menyempurnakan majlis perasmian pada petang semalam.

-AA-

Tinggalkan komen anda