
Laporan/foto: Mohamad Farid Izwan/Majlis Seni Sarawak (Sarawak)
KUCHING, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – Upacara penutupan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak kelmarin mengetengahkan konsep perpaduan yang diterjemahkan melalui pesembahan gerak tari di bawah bimbingan Majlis Seni Sarawak (MSS).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Seni Sarawak (MSS) Dayang Mariana Hj. Abang Bolhassan, konsep keseluruhan acara ini bukan sekadar persembahan kebudayaan, malahan membawa maksud tentang perpaduan rakyat Malaysia yang disampaikan melalui gerak tari peserta itu sendiri.

Dayang Mariana.
“Untuk persembahan segmen pertama, kami memilih penglibatan peserta dalam kalangan kanak-kanak agar dapat mengetengahkan generasi-generasi baru kerana umum mengetahui pada usia inilah mereka harus dipupuk dengan nilai perpaduan dalam diri.
“Manakala segmen kedua pula, kami telah memilih Rentak Kembara Malaysia, segmen ini membuktikan bahawa Sukan Malaysia (SUKMA) merupakan satu platform yang menggabungkan semua rakyat Malaysia dan Brunei untuk mencapai matlamat yang sama dengan semangat perpaduan membara.” ujarnya.
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan daripada artis-artis terkenal tanah air seperti Ratu Rock tanah air Ella, kumpulan De Fam dan Bob Yusof.
Majlis penutupan SUKMA XXI Sarawak 2024 diakhiri dengan pertunjukan bunga api.
-ZS-