Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 Negeri Kelantan Terima Sambutan Meriah

By 2 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dayang Siti Nurzuhairah Abang Ahmad Zaini (Bachok)

BACHOK, 2 Ogos (Malaysiaaktif) –Hampir 400 orang pelajar, guru dan ketua jabatan serta agensi di Daerah Bachok meraikan ketibaan KMJG 2024 Negeri Kelantan di Sekolah Menengah Sri Gunung selaku hentian kedua konvoi.

Penyerahan Jalur Gemilang kepada Jabatan Beruniform Daerah Bachok oleh Ketua Polis Daerah Bachok disaksikan oleh Muhd Nor Aswadi Md. Nor.

“Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 Negeri Kelantan merupakan platform terbaik dalam usaha menguar-uarkan serta menzahirkan semangat patriotisme menjelang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024.

“Negara kita akan menyambut kemerdekaan yang ke-67 tahun tidak lama lagi dan semangat yang ditunjukkan oleh pasukan konvoi dan tetamu bagi KMJG ini merupakan pengorbanan kita dalam menzahirkan semangat cintakan negara,” kata Ketua Polis Daerah Bachok Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin merasmikan program tersebut.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan merangkap Ketua Konvoi KMJG Negeri Kelantan 2024 Muhd Nor Aswadi Md. Nor turut  mengingatkan orang ramai agar mengibarkan Jalur Gemilang yang berkeadaan sempurna, tidak terkoyak atau lusuh dalam menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan ke-67 pada tahun ini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Gunung Bachok Membanjiri Dewan Sri Permata bagi memberi sokongan kepada Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 Peringkat Negeri Kelantan.

“Malaysia sebuah negara merdeka dan berdaulat, seharusnya kita menonjolkan imej negara melalui kibaran Jalur Gemilang yang sempurna, jangan kibar Jalur Gemilang yang koyak, lusuh atau ada cacat cela, gantikan bendera lama dengan yang baharu,” katanya.

Pelbagai acara diadakan seperti reruai pameran, persembahan Joget Malaysia, deklamasi sajak Jiwa Merdeka, serahan Jalur Gemilang kepada jabatan dan agensi kerajaan dan tayangan video pendek ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’ .

Turut hadir Ketua Pegawai Pendidikan Rusli Idris dan Pengarah Akademi Memandu Kist Sdn Bhd selaku rakan strategik Pejabat Penerangan Daerah Bachok Datin Noor Haslina Haji Abdullah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda