Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Konvoi KMJG Perak Hidupkan Semangat Kibar Jalur Gemilang

By 10 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Nashran/Noorhayati Ab Aziz (Kampar)

KAMPAR, 10 Ogos (Malaysiaaktif) – Kepelbagaian aktiviti bagi menyambut ketibaan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Kebangsaan Negeri Perak di Pejabat Daerah dan Tanah Kampar, di sini kelmarin berjaya mengembalikan nostalgia dalam mencapai kemerdekaan.

Persembahan kebudayaan seni silat gerak warisan keramat juang, deklamasi sajak serta pertandingan bertemakan kemerdekaan seperti mewarna kanak-kanak, gubahan pulut dan pakaian beragam kanak-kanak antara yang menjadi tarikan dalam program berkenaan.

Pegawai Daerah dan Tanah Kampar Nazrul Fazami Mohamad menegaskan bahawa banyak perkara yang telah dirancang oleh agensi kerajaan khususnya melalui Jabatan Penerangan memerlukan sokongan padu daripada semua pihak.

“Dengan adanya sambutan bulan kebangsaan dan kempen kibar Jalur Gemilang, secara tidak langsung memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.

“Semoga program seumpama ini dapat diperluas bukan sahaja di peringkat daerah malah di peringkat jabatan masing-masing untuk mencapai impak yang lebih besar,” katanya semasa berucap merasmikan majlis.

Turut berlangsung penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil agensi sebagai simbolik kesepakatan rakyat dalam menyokong kempen kibar Jalur Gemilang.

Untuk rekod, konvoi ini telah menamatkan siri jelajahnya selepas menyerahkan baton Jalur Gemilang kepada konvoi KMJG Negeri Selangor di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, pagi semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda