Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Konvoi KMJG Sungai Siput Suntik Semangat Patriotik

By 28 Ogos 2024September 29th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Faisal/Nurizzati Hanis (Kuala Kangsar)

SUNGAI SIPUT, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Pejabat Daerah dan Tanah Sungai Siput dan Pejabat Parlimen Sungai Siput menganjurkan program Kembara Merdeka Kibar Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Daerah, di sini semalam bagi menyemarakkan semangat patriotisme sempena menyambut Hari Kebangsaan ke-67.

Penyerahan Jalur Gemilang kepada agensi di daerah.

Program yang dijalankan di sekitar Sungai Siput ini melibatkan 20 agensi yang terdiri daripada jabatan kerajaan persekutuan dan negeri.

Seorang peserta konvoi Shahrun Effendi Mohamad, 41, berterima kasih kepada pihak penganjur kerana dipelawa untuk memeriahkan konvoi ini.

“Program sebegini dapat menyemarakkan dan menaikkan semangat kemerdekaan dalam kalangan peserta konvoi sambil mengajak orang ramai untuk mengibarkan Jalur Gemilang,” ujarnya.

Shahrun Effendi (kanan sekali) gembira dapat menyertai konvoi ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Sungai Siput Kesavan Subramaniam menyempurnakan acara pelepasan konvoi yang bermula dari Pekan Sungai Siput ke Victoria Bridge, Karai sebelum mereka berpatah balik untuk majlis perasmian penutup dan penyerahan Jalur Gemilang kepada semua jabatan dan agensi.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jalong Loh Sze Yee, Yang diPertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Dr. Sakduddin Zamli dan Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superitendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda