
Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid/Muhamad Amsyar (Hilir Perak)
TELUK INTAN, 28 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 25 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Hilir Perak menyertai Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang bagi menjelajahi kesemua 12 daerah yang terdapat di negeri Perak bermula semalam hingga Khamis depan.

Peserta konvoi berbaris menanti sesi pelepasan.
Jurutera Daerah Hilir Perak yang juga ketua konvoi Ir. Sudin Hasim, berkata program konvoi kembara itu buat julung kalinya diadakan bagi memeriahkan suasana sambutan bulan kebangsaan tahun ini.
“Konvoi bermotosikal ini juga merupakan salah satu usaha untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan dan cintakan negara sempena menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024,” ujarnya sebelum sesi pelepasan konvoi, di sini pagi semalam.

Ir. Sudin ketika menyampaikan ucapan.
Konvoi selama tiga hari itu turut membuat persinggahan di setiap pejabat JKR Daerah bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara warga jabatan.
-ZS-