Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kuiz Kebangsaan Meriahkan Program JIWA Komuniti MADANI@Merdeka Pantai Irama

By 26 Ogos 2024September 29th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dayang Siti Nurzuhairah Abang Ahmad Zaini (Bachok)

BACHOK, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – Apakah makanan dan minuman kebangsaan? Itu antara soalan yang menjadi teka-teki kepada lebih 150 orang peserta Program JIWA Komuniti MADANI@ Merdeka Pantai Irama, di Chalet Tok Abah, di sini semalam.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Bachok Farzliana Abdul Ghaffar, nasi lemak dan teh tarik diketahui ramai sebagai Makanan Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) tetapi tidak bagi buah kebangsaan Malaysia.

Kuiz Kebangsaan mengundang tawa peserta dengan pelbagai ragam jawapan.

“Untuk menjawab persoalan bagi makanan dan minuman kebangsaan iaitu nasi lemak dan teh tarik amatlah mudah tetapi bagi buah kebangsaan rata-rata peserta meneka durian tetapi buah nanas adalah antara buah yang dicadangkan untuk menjadi buah kebangsaan,” katanya.

Menurut Ketua Komuniti MADANI Pantai Irama Mohd Faizol Awang mereka mengetengahkan konsep kuiz sukaneka kemerdekaan dalam Program JIWA Komuniti MADANI@Merdeka bagi tujuan menguji minda dan mengimbau kembali ingatan berkenaan kemerdekaan dan jati diri negara Malaysia.

Peserta dengan pakaian bertemakan Hari Kebangsaan.

“Pelbagai soalan kuiz kami sediakan semasa sukaneka agar semua peserta celik dan peka kepada slogan, moto dan hal-hal berkaitan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 serta sejarah terdahulu,” katanya.

Pelbagai acara sukaneka menarik diadakan seperti perarakan kemerdekaan, inisiatif 1 Rumah 1 Bendera, pertandingan mewarna, tiub belon, kerusi beracun, mencari gula-gula dalam tepung dan pertandingan hiasan kemerdekaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda