
Laporan/foto: Muhamad Nawawi Kasa (Kota Setar)
ALOR SETAR, 5 Ogos (Malaysiaaktif) – Kemerdekaan bukan sekadar sebuah kebebasan namun ianya juga perlu dilihat dalam perjuangan untuk memartabatkan seni budaya bangsa seperti tarian tradisional Melayu supaya generasi muda hari ini tidak melupai warisan daripada zaman berzaman.

Penyerahan Jalur Gemilang kepada Komuniti MADANI Alor Melintang.
Menurut Guru Sains Komputer Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman (STAR) yang merupakan guru pembimbing kumpulan Aurastar, Ainun Najwa Aziz, 43, sejajar dengan itu, sekolahnya telah menubuhkan kumpulan tersebut pada tahun 2020 dengan keahlian tujuh orang pelajar perempuan.
“Pelbagai pencapaian telah dikecapi Aurastar bermula tahun 2020 sehingga di pilih mewakili Negeri Kedah ke peringkat Kebangsaan di Klang Selangor pada tahun 2024.
“Kumpulan ini sangat unik kerana terdapat dua orang pelajar Cina yang turut bersama memartabatkan seni tari Melayu,” katanya.
Menurut Noor Shameiza Abd Razak, 46, elemen kesenian ini perlu dipertahankan sebagaimana kita merangkum perjuangan kemerdekaan dengan penuh kegemilangan.

Bersama konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang.
“Generasi hari ini perlu dipupuk semangat perjuangan disamping memertabatkan seni tradisi agak tidak dilupakan,” katanya.
STAR menjadi lokasi pilihan Pejabat Penerangan Daerah Kota Setar untuk destinasi konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024, di sini semalam.
Keunikan nama sekolah ini diabadikan sempena nama Perdana Menteri Pertama iaitu Yang Teramat Mulia Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj Bapa Kemerdekaan Malaysia pada tanggal 10 Mei 1969 oleh Menteri Pelajaran ketika itu Tan Sri Mohamed Khir Johari, mengantikan nama lama Sekolah Menengah Kedah.
Program pelepasan Peringkat Negeri Kedah bagi Daerah Kota Setar ini telah disempurnakan oleh wakil Pengarah Pendidikan Kedah Abdul Rahim Mat.
-ZS-