Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Laman Kucing DBKL Dibuka Sebagai Salah Satu Ikon di Kuala Lumpur

By 14 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rahimah Rafiai/Norfaizah Adnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Malaysiaaktif) – Laman Kucing DBKL yang ditubuhkan di Jalan Budiman, Bandar Tun Razak, telah dirasmikan oleh YBrs Tuan Ismadi bin Sakirin, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL, semalam. Idea penubuhan Laman Kucing ini telah dicetuskan bersama YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail dan YBhg. Datuk Seri PMgr Sr Hj. Kamarulzaman bin Mat Salleh Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Ucapan Perasmian Oleh Tuan Ismadi

Matlamat penubuhan Laman Kucing ini adalah untuk memberi perlindungan kepada kucing liar atau terbiar dalam usaha mewujudkan masyarakat yang prihatin terhadap kebajikan haiwan kesayangan serta usaha menangani isu haiwan terbiar.

Menurut beliau lagi program ini diharap mampu memberi rumah baru serta kasih sayang kepada kucing jalanan. Pada masa yang sama, ia dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga dan menyayangi haiwan.

“Justeru itu, setiap kucing yang akan diadopsi akan dikenakan caj RM200.00 kerana kucing-kucing yang ditempatkan di Laman Kucing DBKL ini telah lengkap diberi rawatan, diberi suntikan vaksin dan dimandulkan (kembiri). Adalah penting kucing-kucing ini dimandulkan bagi mengawal populasi kucing di sekitar Kuala Lumpur,” kata Tuan Ismadi.

Laman Kucing DBKL ini juga merupakan satu platform bagi memperkasakan program adopsi kucing di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Turut hadir bersama dalam majlis tersebut adalah YBhg. Datuk Azman bin Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri.

-AA-

Tinggalkan komen anda